MACHANG – Kira-kira 3,000 penyokong Barisan Nasional (BN) hadir memberikan semangat kepada penyandang kerusi Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub pada proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ahmad Jazlan yang merupakan Pengerusi BN Kelantan tiba di pekarangan Pusat Penamaan Calon (PPC), Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Machang kira-kira pukul 8.50 pagi.
Terlebih dahulu, Ahmad Jazlan bersama penyokong berselawat secara beramai-ramai ke PPC.
Terdahulu, seorang lagi pencabar Ahmad Jazlan daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fasyhal Wan Kamal tiba pukul 8.30 pagi.
Calon Pakatan Harapan, Dr. Rosli Allani S. Abdul Khadir pula tiba pukul 9 pagi dan calon Gerakan Tanah Air (GTA), Mejar (B) Muhamad Seman kira-kira pukul 8.15 pagi.-KOSMO! ONLINE