fbpx

K2

Pesta mengilat di Tasik Gubir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SYAFIZAN bersama ikan toman seberat 6.4 kg yang berjaya dinaikkan dengan teknik casting.

Tidak semua orang mengetahui kewujudan empangan Tasik Gubir atau Ulu Muda yang dipanggil masyarakat tempatan sebagai Tasik Muda, namun bagi kaki pancing terutama penggemar teknik mengilat atau casting, Tasik Gubir termasuk dalam senarai wishlist wajib dikunjungi.

Terletak di dalam kawasan hutan simpan yang diwartakan sejak tahun 1932 di daerah Sik, Kedah, Tasik Gubir merupakan tasik buatan yang berhubung dengan sebuah lagi tasik iaitu Tasik Pedu, kira-kira sejam perjalanan dari kota Alor Setar.

Diceritakan, jika paras air di Tasik Pedu surut, begitu jugalah paras air di Tasik Gubir.

Selain dikenali sebagai lubuk memburu toman, Tasik Gubir juga terkenal dengan spesies legendanya, Nami Green Arowana iaitu spesies ‘rare’ ikan kelisa asli Malaysia yang hanya terdapat di Tasik Gubir dan Pedu.

Dalam pengetahuan penulis, kali terakhir spesies ini berjaya didaratkan dan dilepaskan semula dengan selamat ke habitat asalnya adalah sekitar 20 tahun lepas.

Kecoh beberapa bulan lalu, seorang pemancing Khir Firdaus atau Kay, kenalan Facebook penulis berjaya menaikkan ikan tersebut secara tidak sengaja ketika mengilat mama toman Gubir.

Agak malang juga, ikan tersebut mati ketika dinaikkan ke dalam bot akibat kepenatan.

Baru-baru ini satu acara Casting Challenge #Gubirattack telah dianjurkan Ahmad Dzarif Dzulkiply di Tasik Gubir.

PARA peserta #Gubirattack bergambar berlatarkan Tasik Gubir di Sik, Kedah yang merupakan tasik buatan indah yang sesuai diangkat sebagai pusat ekopelancongan.

Acara selama dua hari ini memfokuskan kepada aktiviti memburu toman dengan teknik casting.

Menurut Dzarif, #Gubirattack mulanya sekadar trip suka-suka melibatkan kenalan terdekat, namun melihat kepada sambutan yang amat menggalakkan, trip tersebut telah ditukar kepada acara yang lebih besar melibatkan hampir 24 orang pemancing.

Penganjuran acara ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara pemancing dan bukanlah bersandarkan kepada keuntungan.

Tujuan lain penganjuran acara ini ialah untuk menaikkan Tasik Gubir sebagai pusat ekopelancongan dan juga ‘padang pancing’ yang dikenali setaraf dengan tasik-tasik terkenal di Malaysia.

Terdapat empat kategori dipertandingkan yang menawarkan hadiah iaitu ikan terberat, terpantas, terbanyak dan tekong terbaik.

“Keistimewaan Tasik Gubir adalah kerana potensi strike memburu toman sememangnya sangat tinggi di sini.

“Respons induk toman terhadap gewang juga agak cepat berbanding di tempat lain, pernah juga terjadi induk sama dinaikkan dua kali dalam masa sehari,” ujar Dzarif.

Tambahnya lagi, dalam satu hari, sebuah bot berpeluang untuk menemui lebih daripada satu kumpulan kelompok anak toman yang dijaga induk sekali gus membuktikan tahap kualiti air yang baik dan kurangnya aktiviti menangkap ikan komersial secara besar-besaran.

Penggunaan gewang jenis soft-plastic sememang menjadi umpan killer di Tasik Gubir, namun gewang jenis pencil, spinner-bait dan crank juga berkesan.

Sejumlah 17 ekor ikan toman pelbagai saiz berjaya dipancing dengan ikan terberat dinaikkan oleh Mohd. Syafizan (6.3 kg), Azlan Ariff (ikan terbanyak) dan Mohd. Hafiz (ikan terpantas).

Dzarif berhasrat untuk menganjurkan lebih banyak acara seperti ini pada masa hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI