fbpx

Pertembungan lima penjuru di Parlimen Pandan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon-calon bagi kerusi Parlimen Pandan yang akan bertanding dalam PRU15 di Parlimen Pandan.

KUALA LUMPUR – Parlimen Pandan menyaksikan pertandingan lima penjuru membabitkan calon daripada lima gabungan politik selepas proses penamaan calon selesai pukul 10 pagi ini.

Calon-calon bertanding bagi kerusi Parlimen Pandan diumumkan oleh Pegawai Pengurus (RO) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pandan, Julaihah Jamaludin kira-kira pukul 10.40 pagi.

“Saya telah menyemak kertas penamaan calon dan saya berpuas hati tiada calon yang ditolak,” kata Julaihah.

Proses penyerahan borang pencalonan di Dewan Perbandaran MPAJ dekat sini bermula pada pukul 9 sehingga pukul 10 pagi tadi.

Barisan Nasional (BN) sah diwakili oleh Leong Kok Wee daripada MCA, manakala Pakatan Harapan (PH) diwakili Rafizi Ramli daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perikatan Nasional (PN) pula diwakili oleh Muhammad Farique Zubir Albakri daripada Pas, sementara Parti Warisan Sabah (Warisan) diwakili Tan Sri Ong Tee Keat.

Pejuang Tanah Air (Pejuang) diwakili oleh Nadia Hanafiah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI