fbpx

Pelajar lelaki ‘culture shock’, majoriti kawan berbual dalam bahasa Arab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang menunjukkan siswa menggunakan bahasa Arab ketika menghantar mesej.

PETALING JAYA – Seorang pelajar lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengalami ‘culture shock’ (kejutan budaya) apabila majoriti pelajar di universiti berkenaan menggunakan bahasa Arab untuk berkomunikasi.

Menerusi sebuah hantaran video yang dikongsi di media sosial @chickenmania menunjukkan, beberapa pelajar sedang menghantar mesej menggunakan bahasa Arab.

“Kita tidak sama. Kamu ‘culture shock’ kerana terlalu bebas,  aku ‘culture shock’ masuk universiti sebab semua terlebih warak.

“Mereka  juga turut menggunakan bahasa Arab untuk bergosip sesama sendiri,” tulis pelajar tersebut.

Susulan itu, rata-rata orang ramai turut terhibur dan meninggalkan komen bahawa mereka juga pernah melalui pengalaman seperti itu.

“Betul. Masuk UIA automatik mesej menggunakan bahasa Arab dengan orang tertentu,” tulis seorang pengguna.

“Sama macam kawan saya yang belajar di UIA. Sampai sekarang rasa takut hendak mesej dia,” ujar Mus.

“Ayah aku guna bahasa Arab. Jenuh anak-anak dia hendak faham maksudnya,” kata Memey.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang berseloroh bahawa mereka akan menadah tangan apabila terdengar pelajar UIA berkomunikasi dalam bahasa Arab.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima sebanyak 440,200 tontonan dengan 911 perkongsian dan 57,400 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI