fbpx

Mimpi arwah ibu, minta jangan bertanding, Azwan Ali tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZWAN ALI tarik diri sebelum menghantar borang penamaan calon.

GOMBAK – Pengacara sensasi Azwan Ali atau mesra disapa Diva AA tidak dapat menahan sebak ketika mengumumkan telah menarik diri daripada calon Bebas untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Gombak.

Azwan, 56, ketika ditemui Kosmo! Online semasa penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu di sini berkata, keputusan menarik diri itu dibuat selepas dia didatangi mimpi arwah ibunya, Che Tom Yahaya malam tadi.

“Saya dengan ini mengumumkan terpaksa menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas. Malam tadi saya bermimpi didatangi arwah ibu saya, Mak Tom yang menasihati saya supaya jangan bertanding.

“Kedua saya mendapat panggilan telefon yang cukup mesra daripada isteri Datuk Seri Azmin Ali (kakak ipar) iaitu Datin Seri Shamsida Taharin.

“Dia tidak memujuk saya supaya jangan bertanding. Cuma saya terlalu menghormati beliau. selama enam tahun kami tidak berhubung” katanya dalam nada sebak.

Ujar Azwan lagi, banyak faktor lain antara desakan untuk dia menarik diri daripada bertanding dalam PRU15 termasuk pecahan undi dan telah memohon maaf kepada peminat dan penyokongnya.

“Kepada peminat, saya minta maaf. Mereka boleh berkata apa sahaja. Tetapi saya tetap dengan pendirian untuk tidak bertanding.

“Walaupun tidak bertanding, maka dengan ini saya umumkan sokongan penuh saya terhadap parti Pakatan Harapan (PKR),” jelasnya.

Tambah Azwan, dia kerap menziarahi pusara arwah ibunya dan telah berkunjung ke sana semalam.

“Seminggu tiga kali saya akan ke pusara ibu. Saya suka mengadu padanya sebab saya percaya dia mendengar. Itu yang membuatkan saya sebak,” jelasnya.

Ketika ditanya tentang wang pertaruhan yang dibayar sebanyak RM10,000 untuk bertanding sebagai calon Parlimen, Azwan memberitahu dia belum membayar lagi wang tersebut.

“Saya tak bayar lagi. Dengan duit RM10,000 itu aku boleh beli baju dalam selori!” katanya.

Terdahulu, Azwan menarik perhatian masyarakat apabila mengumumkan sekali lagi bakal bertanding sebagai calon Bebas dalam PRU15 di Parlimen Gombak.

Jika bertanding, Azwan bakal menentang abangnya sendiri, Datuk Seri Azmin Ali daripada parti Perikatan Nasional dab Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari mewakili PKR. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI