fbpx

Kereta berpusing dua kali angkara ‘microsleep’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar daripada video yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok, Miladygeen dan video kemalangan yang dikongsi Ahmad Fedtri Yahya di akaun TikTok miliknya.

PETALING JAYA- Sebuah kereta hilang kawalan apabila pemandunya mengalami ‘microsleep’ akibat tidak mendapat rehat yang secukupnya, petang semalam.

Video berdurasi 15 saat yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok, Miladygeen, mendapat perhatian netizen yang rata-rata risau tentang keadaan pemandu wanita itu.

“Satu hari tidak tidur.. kerja kuat sangat. Tertidur waktu drive kereta.. kereta berpusing dua kali terus jadi lawan arah dekat highway. Panik sangat, terkejut dan trauma,” tulis Miladygeen dalam video itu.

Wanita itu turut meluahkan rasa syukur kerana ketika keretanya berpusing, tidak ada kenderaan lain di lorong kanan dan kiri menjadikan tiada sebarang kemalangan terjadi.

Rata-rata komen berpesan kepada Miladygeen supaya berehat secukupnya dan tidak terlampau memaksa diri untuk bekerja jika keletihan.

Ada juga diantara pengguna TikTok turut berkongsi pengalaman sama mereka mengalami ‘microsleep’, salah satunya ialah Nianordin.co.

“Allahu, saya teringat balik macam mana kereta family kami berpusing. Masih segar dalam ingatan walaupun dah 11 tahun berlalu,” katanya Nianordin.co.

Sehingga kini video yang tular tersebut telah mendapat lebih 34 ribu tontonan, 2,560 tanda suka dan 36 perkongsian.

Dalam topik yang sama, Ahmad Fedtri Yahya turut bertanya kepada pengikutnya malam tadi dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya, tentang pengalaman mengalami ‘microsleep’ ketika memandu.

Rata-rata netizen membalas dengan berkongsi video serta pengalaman mereka memandu dalam keadaan ‘microsleep’ sehingga mengakibatkan kemalangan tragis.

Ahmad Fedtri turut memuatnaik salah satu video yang dikongsi daripada netizen itu ke akaun TikToknya dengan pesanan supaya orang ramai berhati-hati dan mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum memandu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI