fbpx

Ekonomi Britain diramal meleset selama 2 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wang kertas pound sterling dan dolar AS dirakam pada 22 April 2022. – AFP

LONDON – Rakyat Britain dijangka berdepan kemelesetan ekonomi selama dua tahun dengan  bank pusat, Bank of England (BoE) memberi amaran, negara itu akan mengalami kegawatan paling lama sejak 1920, lapor akhbar The Sun kelmarin.

BoE menaikkan kadar faedah kepada tiga peratus kelmarin, meningkat 0.75 mata peratusan  berbanding 2.25 peratus sebelum ini sekali gus kenaikan tertinggi dalam tempoh 33 tahun.

Susulan pengumuman tersebut, mata wang pound sterling merosot dua peratus berbanding dolar Amerika Syarikat bersamaan AS$1.11 (RM5.26) bagi setiap £1 (RM5.31).

BoE pernah mengeluarkan ramalan ekonomi suram sebelum ini ketika Britain menaikkan kadar faedah.

Bagaimanapun, sekiranya faedah melonjak lebih tinggi pada kadar lima peratus, BoE meramalkan Britain berdepan krisis ekonomi selama dua tahun.

Ini bermaksud rakyat Britain akan bergelut dalam kemelesetan ekonomi paling lama yang pernah berlaku sejak 1920.

Kegawatan ekonomi kali ini dijangka berlarutan dari penghujung 2022 hingga akhir 2024,  lebih lama berbanding krisis kewangan pada 2008 dan keadaan suram ketika awal tahun 1990-an.

Ekonomi Britain juga disasar merosot 2.9 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang.

Susulan itu, BoE membuat keputusan untuk menaikkan kadar faedah bagi mengawal kadar inflasi yang dijangka mencapai 11 peratus menjelang hujung 2022.

“Inflasi adalah ‘musuh’ yang menjejaskan keluarga, pesara dan perniagaan di Britain.

“Oleh yang demikian, keutamaan kerajaan adalah untuk mengawal inflasi dan hari ini, BoE mengambil langkah sejajar dengan matlamat untuk kembali kepada sasaran inflasi kita,” kata Canselor, Jeremy Hunt. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI