fbpx

Dua sekawan dicekup, tak sempat edar 18,000 biji pil kuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua sekawan dicekup selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan mengedar sebanyak 18,000 biji pil kuda bernilai RM180,010 di pekarangan sebuah stesen minyak di Jalan Hamzah di sini semalam.

KOTA BHARU – Dua sekawan dicekup selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan mengedar sebanyak 18,000 biji pil kuda bernilai RM180,010 di pekarangan sebuah stesen minyak di Jalan Hamzah di sini semalam.

Suspek pertama yang berusia 24 tahun ditahan pada pukul 2.20 pagi manakala rakannya yang berusia 49 tahun pula diberkas kira-kira 25 minit kemudian di lokasi sama.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal mendapati, suspek pertama berada di dalam sebuah kereta jenis Hyundai dipercayai sedang menunggu rakannya iaitu suspek kedua di stesen minyak berkenaan.

Menurutnya, polis terus melakukan serbuan ke atas kereta tersebut sebelum menemui tiga bungkusan kertas mengandungi 18,000 biji pil kuda dan satu botol berisi 0.3 liter air ketum di ruang hadapan.

“Selain itu, polis turut merampas wang tunai sebanyak RM523 dan seutas jam tangan Rolex bersama suspek.

“Selang 25 minit kemudian, seorang lelaki dipercayai rakan suspek datang ke kereta tersebut untuk bertemunya. Siasatan mendapati, lelaki itu mempunyai kaitan dengan suspek dalam kegiatan pengedaran pil kuda tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 10 November ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI