PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda enam negeri sehingga pukul 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, enam negeri tersebut adalah Perlis, Kedah, Perak, Sarawak serta Sabah.
“Seluruh Perlis dijangka terkesan dengan cuaca buruk ini, manakala di Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu).
“Berbeza dengan di Perak, hanya kawasan Larut, Matang Dan Selama sahaja diramalkan mengalami cuaca buruk ini,” jelasnya.
Tambah MetMalaysia lagi, kawasan yang dijangka turut mengalami ribut petir di Sarawak adalah Kapit (Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang, manakala di Sabah (Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Sandakan (Tongod).
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut diramalkan di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE