PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hanya di tiga negeri sahaja iaitu Pahang, Johor dan Sarawak, sehingga pukul 9 pagi ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kenyataannya berkata, kawasan yang terlibat di Pahang adalah Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
“Di Johor, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ini adalah Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya.
Tambah MetMalaysia juga, di Sarawak hanya kawasan Bintulu yang dijangka terlibat dengan ribut petir.
“Bagaimanapun bagi kawasan-kawasan di negeri lain sekitar Semenanjung termasuk Sabah, cuaca diramalkan dalam keadaan baik dan cerah ekoran tiada laporan hujan dikeluarkan,” katanya.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE