SACRAMENTO, CALIFORNIA – Sebuah rakaman video menjadi tular di media sosial kerana memaparkan gelagat seekor beruang menceroboh sebuah kedai roti dan memakan biskut yang baru siap dibakar, lapor akhbar Daily Star semalam.
Beruang itu dirakam merayau-rayau di dalam kedai Nestle Toll House Cafe by Chip di South Lake Tahoe, California untuk mengambil biskut sekitar pukul 7 malam (waktu tempatan) pada Rabu lalu.
Gambar dan video itu dirakam oleh seorang pekerja ketika mereka menunggu polis tiba.
Saluran televisyen KCRA melaporkan bahawa sebilangan pelanggan sedang berada di dalam kedai ketika beruang itu masuk. Polis kemudian berjaya menghalau ia keluar dari premis berkenaan.
Kejadian itu tular beberapa bulan selepas seekor beruang coklat menyelinap masuk ke dalam dapur rumah seorang penduduk dan merampas kek coklat yang baru dibakar.
“Ia kelihatan seperti seseorang dalam pakaian beruang. Dapur saya agak rosak. Kek coklat yang baru dibakar untuk acara berbeku pada hari itu terpaksa dibuang,” kata pemilik rumah itu kepada KCRA. – Agensi