fbpx

Altimet, Hans hadir sebagai penyokong, pencadang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rodziah hadir bersama Altimet dan Hans di Dewan Dato Ahmad Razali. - Foto SHIDDIEQIIN ZON

AMPANG – Sesi penamaan calon Parlimen Ampang yang berlangsung di Dewan Dato Ahmad Razali di sini, turut dihadiri oleh penyanyi rap, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet serta pengarah dan selebriti, Datuk Hans Isaac.

Altimet yang juga Ketua Cabang PKR Ampang hadir sebagai pencadang manakala, Hans sebagai penyokong kepada calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Sepang, Rodziah Ismail.

Terdahulu, sembilan calon termasuk tiga bebas tiba di Pusat Penamaan Calon Parlimen Ampang di Dewan Dato Ahmad Razali.

Kehadiran calon memasuki dewan bermula dengan Muhammad Shafiq Izwan Mohd. Yunos (bebas), Ivone Low Yi Wen (Barisan Nasional), Tan Hua Meng (bebas), Sasha Lyna Abdul Latif (Perikatan Nasional), Rodziah (PH), Dr. Nurul Ashikin Mabahwi (Pejuang), Datuk Zuraida Kamaruddin (Parti Bangsa Malaysia), Lai Wai Chong (Warisan) dan M. Raveendran (bebas).

Pada PRU14 sebelum ini, Zuraida mempertahankan kerusi Parlimen Ampang apabila memperoleh 54,307 undi di bawah tiket Pakatan Harapan (PH) mengalahkan tiga calon lain.

Ketiga-tiga mereka ialah Leong Kim Soon mewakili BN dengan 12,351 undi, Nurul Islam Mohamed Yusoff (PAS) (9,598) dan Tan Hua Meng (Parti Rakyat Malaysia) (294). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI