fbpx

16 bilik gerakan SPRM dibuka sepanjang PRU15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), melancarkan 16 bilik gerakan di seluruh negara bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

SPRM berkata, semua bilik gerakan itu akan beroperasi 24 jam bermula hari ini hingga 19 November depan dan boleh dihubungi menerusi talian Ibu Pejabat SPRM di 03-889110372 serta pejabat negeri.

“Pejabat SPRM Kuala Lumpur boleh dihubungi menerusi talian 03-9206 51953, Pejabat SPRM Selangor 03-552483184, Pejabat SPRM Negeri Sembilan 06-76254465, Pejabat SPRM Melaka 06-28960116 dan Pejabat SPRM Johor 07-23161707.

Poster talian bilik gerakan SPRM

“Pejabat SPRM Perak di talian 012-490 59868, Pejabat SPRM Pahang 09-57160279, Pejabat SPRM Kedah 04-700188010, Pejabat SPRM Pulau Pinang 04-229926211, Pejabat SPRM Terengganu 09-630192012 dan Pejabat SPRM Kelantan 09-766197013,” ujar kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, pejabat SPRM Perlis pula boleh dihubungi di talian 04-976 398214, Pejabat SPRM Sabah 088-488 3811, Pejabat SPRM Sarawak 082-46770116 dan Pejabat SPRM Labuan 087-427198.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa menerusi e-mel di alamat [email protected],”katanya.

Dalam pada itu, SPRM turut mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding untuk tidak melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang serta peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI