fbpx

Top Colour Signature tawar solusi pencucian pakaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan produk cucian terbaharu Top yang dihasilkan daripada formulasi dan inovasi terkini bagi penjagaan fabrik pakaian.

PETALING JAYA – Southern Lion Sdn. Bhd. pengeluar produk cucian berjenama Top, memperkenalkan detergen premium dengan teknologi warna 5D untuk mendapat manfaat pengalaman cucian yang lebih bersih, terang, menyerlahkan warna dan juga melindungi pakaian daripada bakteria serta virus.

Teknologi bolder scent yang dirumus khas ini merangkumi fungsi anti-bau hapak, anti-debu hama dan anti-sebum, sekali gus menghasilkan bau harum yang menenangkan.

Pengurus Besar Kanan ­Southern Lion, Carmen Foo berkata, kombinasi sempurna teknologi 5D Colour ProTech dan Advanced Micro-Clean Tech dalam rangkaian serbuk dan cecair detergen Top Colour Signature itu juga akan memper­tingkatkan pengalaman cucian pakaian, melindungi dan memelihara fabrik agar tahan lebih lama.

“Masyarakat kini memerlukan solusi pencucian pakaian yang berkuasa dan menjimatkan masa, yang mana mereka tidak perlu mengasingkan baju berdasarkan warna setiap kali perlu mencuci.

“Kemudahan yang disediakan Top membantu mereka mengamalkan gaya hidup yang lebih ­lestari, mesra alam dan bersih. Sehubungan itu, rangkaian serbuk dan cecair detergen Top Co­lour Signature memenuhi keperluan pengguna,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Selain itu, Top juga memper­kenalkan pek eko isian semula bagi detergen cecair premium termasuk Top Colour Protect seberat 3.2 kilogram (kg), Top Stain Buster (3.4kg) dan Top Silky Miracle (3.2kg).

Selain itu, syarikat menganjurkan Kempen Top Hari-Hari Warna-Warni yang akan memperkenalkan rangkaian baharu Colour Signature menerusi jera­yawara (roadshow) seluruh negara dan menerusi kerjasama dengan Kloth Cares dan Pusat Seni dan Rekaan (Inti Centre of Art and Design, ICAD) serta Rekaan Fesyen, Kolej Antarabangsa Inti Subang.

Ini bertujuan mengga­lakkan rakyat Malaysia mengetahui cara untuk memanjangkan hayat dan menyerlahkan warna fabrik mereka. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI