fbpx

Soon Huat-Shevon sekat laluan Pang Ron-Ee Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOON HUAT-Shevon menampilkan aksi lebih stabil dan konsisten ketika menewaskan rakan senegara, Pang Ron-Ee Wei pada Terbuka Hylo semalam.

BEREGU campuran kebangsaan, Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei kempunan untuk melangkah ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Terbuka Hylo selepas tersingkir di pusingan pertama kepada rakan senegara, Goh Soon Huat-She­von Lai.

Pada perlawanan yang berlangsung di Saarbrucken, Jerman kelmarin, gandingan No. 37 dunia itu terpaksa akur dengan kekalahan 11-21, 21-12, 17-21 meskipun sudah memberikan tentangan dalam aksi tiga set.

Keputusan itu sekali gus tidak mampu mengubat kekecewaan Pang Ron-Ee Wei yang turut tersingkir di pusingan pertama ketika menyertai kejohanan Terbuka Perancis di Paris, minggu lalu.

Walaupun tewas, namun Ee Wei menjelaskan, dia dan Pang Ron sudah memberikan aksi terbaik untuk melangkah ke pusingan kedua, namun tidak mampu menyekat kemaraan beregu yang berada pada ran­king ke-12 dunia itu.

“Secara keseluruhan, saya fikir kami sudah keluarkan segala-galanya pada perlawanan tersebut dan berikan tentangan sengit kepada mereka sehingga ke set ketiga. Bagaimanapun, tuah tidak menyebelahi kami.

“Apa yang pasti, Soon Huat-Shevon menampilkan aksi le­bih stabil dan konsisten sepanjang perlawanan itu. Kami akur dengan kekalahan ini dan akan memperbaiki mana-mana kelemahan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selepas ini, Pang Ron-Ee Wei dijadualkan beraksi pada kejohanan Terbuka Australia di Sydney bermula 15 hingga 20 November nanti, namun Ee Wei belum pasti mengenainya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI