PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di 10 buah negeri sehingga pukul 9 pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk itu melibatkan seluruh negeri Selangor, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Selain itu beberapa daerah di negeri Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak turut terlibat.
“Di Terengganu cuaca buruk diramal melanda Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, di Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin sementara Negeri Sembilan hanya di Port Dickson dan Tampin.
“Di Sarawak kawasan terlibat dijangka di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) dan Miri (Miri) berbeza di Sabah, hanya di Sandakan (Sandakan),” katanya.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE