JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah rumah yang dibina tepat di sebelah batu gergasi, lapor laman berita Sukabumi.com.
Netizen bimbang kerana rumah tersebut berada di sebelah batu gergasi yang hampir menimpanya.
Penduduk tempatan memanggilnya Batu Luh atau Batu Teduh. Ia terletak di Desa Cikangkareng, daerah Cianjur.
Dalam pada itu, penduduk tempatan memaklumkan bahawa batu itu langsung tidak bergerak apabila Cianjur dilanda gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter pada 2009.
Gempa bumi itu menyebabkan tebing batu di kampung itu runtuh dan ramai penduduk meninggal dunia.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Hati-hati kalau gempa takut bergolek,” kata seorang netizen.
“Hati saya tidak tenang. Saya risau batu itu bergerak,” komen netizen lain. – Agensi