fbpx

PRU15: Noh akan jelaskan punca tiada kerusi hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh.

SHAH ALAM – Teka-teki atau punca sebenar Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar tidak tersenarai sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diketahui sepenuhnya hari ini.

Noh yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor akan menjelaskan perkara itu dalam majlis pengenalan calon di Tanjong Karang.

Katanya, beliau bersifat terbuka dan tidak mempunyai sengketa dengan Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd. Yusof yang dicalonkan bagi kerusi Parlimen itu.

“Presiden BN (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid) bagi tempoh dua hari (selepas pengumuman calon BN sebelum ini) dan akan memanggil saya untuk berbincang mengenai calon di Tanjong Karang.

“Saya tunggu dari pagi sampai malam (hari ini) WhatsApp pun presiden parti tiada respon dan mungkin sibuk. Saya hanya tahu menerusi media sosial (mengenai kenyataan tidak tersenarai itu),” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Kata Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, nama beliau pada awalnya telah diluluskan oleh Top 5 UMNO.

Bagaimanapun, beliau pelik apabila tidak dipanggil bersama nama-nama calon lain yang telah diluluskan untuk
menandatangani perjanjian di ibu pejabat UMNO di WTC Kuala Lumpur.

“Ketua cawangan-cawangan datang ke rumah saya dan meminta saya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dikekalkan sebagai calon.

“Ini berdasarkan fakta, saya satu-satunya Ahli Majlis Tertinggi dari Selangor yang menang bertanding, manakala lainnya dilantik selain merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan satu-satunya Ahli Parlimen di Selangor yang menang dalam PRU14 serta menteri dari negeri ini,” katanya.

Ketika ditanya sama ada akan terus setia bersama BN atau menggunakan lambang atau parti lain untuk bertanding, Noh menegaskan, perkara itu juga akan dimaklumkan esok (hari ini).

“Nak tahu tunggu esok (Jumaat). Siapa berminat boleh datang ke Tanjong Karang,” jelasnya.

Dalam pada itu, seramai 21 calon telah menerima watikah pada malam ini kecuali Tanjong Karang. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI