fbpx

PRU15: Muslimin hormati calon lain, punyai cara tersendiri kekal menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muslimin (tiga kanan) menerima watikah calon dari Muhyiddin, malam tadi.

SABAK BERNAM – Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Muslimin Yahaya enggan mendabik dada dan menghormati tiga calon lawan yang bakal disainginya bagi kerusi Parlimen Sungai Besar.

Beliau yang juga penyandang kerusi itu berkata, semua calon diakui memiliki kekuatan dan strategi masing-masing untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Jelas Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi itu, beliau masih berpegang kepada prinsip untuk terus berkhidmat kepada rakyat seperti sebelum ini.

“Saya tidak mahu memikirkan sebarang analisis atau tanggapan orang luar mengenai diri saya.

“Calon yang bakal ditandingi juga merupakan nama besar dan saya menghormati mereka,” katanya ketika ditemui pada Jelajah Prihatin Parlimen Sungai Besar di Dataran Desa Permai, Sungai Panjang di sini, malam tadi.

Jelajah itu dirasmikan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut menyerahkan watikah pencalonan dan melancarkan jentera parlimen tersebut.

Kata Muslimin, beliau mempunyai cara tersendiri untuk kekal mempertahankan kerusi Parlimen tersebut.

“Saya akan memfokuskan kepada konsep prihatin, bersih dan stabil kepada rakyat. Trend sokongan rakyat terhadap saya juga masih positif setakat ini,” ujarnya.

Tambah beliau, manifesto jentera beliau turut akan selaras dengan manisfesto PN yang akan diumumkan pada Ahad ini.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dijangka sengit apabila bakal ditandingi Ketua Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Jamal Md. Yunos;  Saipolyazan Yusop (PH) dan Asmawar Samad (GTA).

Pada PRU14 lalu, Muslimin memenangi kerusi P093 itu selepas menewaskan Budiman Mohd. Zohdi (BN) dan Mohamed Salleh M. Husin (Pas) dengan memperoleh 17,350 undi. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI