fbpx

PRU15: Menang dulu baru fikir calon MB Perak – Ahmad Faizal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal (dua dari kanan) bersalaman dengan penyokongnya di Majlis Munajat dan Doa Selamat PN Tambun di Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh hari ini.

IPOH – Perikatan Nasional (PN) tidak mahu memikirkan soal calon Menteri Besar Perak buat masa ini sebaliknya mereka hanya menumpukan perhatian terhadap Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terlebih dahulu.

Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkara lebih mustahak adalah untuk memperkenalkan manifesto mereka kepada rakyat negeri ini dan memenangi PRU15.

“Itu masalah Pakatan Harapan (isu calon Menteri Besar Perak). Kami mahu berusaha untuk memenangkan calon PN terlebih dahulu.

“Bagi kami apa yang penting adalah memperkenalkan manifesto untuk negeri Perak. Kita ada pilihan raya untuk menubuhkan kerajaan negeri dan fokus terhadap apa yang PN nak persembahkan.

“Selepas itu baharulah fikir siapa dalam kalangan kami yang boleh dicadangkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk tuanku pilih sebagai menteri besar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Chang Lih Kang semalam menyatakan bahawa sekarang bukan masa yang sesuai untuk berbincang mengenai calon Menteri Besar Perak walaupun Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengumumkan Datuk Zainal Azman Abu Seman yang bertanding di DUN Kuala Sepetang sebagai calon bagi jawatan tersebut.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal mengingatkan semua jentera dan para penyokong agar tidak memperkecilkan pihak lawan pada hari penamaan calon esok.

“Semua perlu menjalani proses demokrasi ini dengan matang dan tak perlu bergaduh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI