fbpx

PRU15: Lebih 31,000 polis siap sedia penamaan calon esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Seramai 31,183 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersiap sedia bagi hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok.

Pengarah Op PRU15 PDRM, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, selain petugas beruniform dan tidak beruniform, polis juga akan menggunakan dron untuk pemantauan.

“Semua pihak yang terbabit diseru agar memberi kerjasama dalam mematuhi undang-undang dan mengelak daripada melakukan sebarang provokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hari penamaan calon PRU15 yang ditetapkan pada 5 November iaitu esok akan berlangsung serentak di seluruh negara membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI