fbpx

PRU15: Jangan guna premis Jabatan Perpaduan untuk berkempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norison menyampaikan hadiah kepada penerima sempena Majlis Jalinan Muafakat Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 di Paroi, di sini, malam tadi. -Foto NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) menasihatkan mana-mana pihak untuk tidak menggunakan premis di bawah jabatan berkenaan sebagai tempat berkempen sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pengarah JPNIN, Datuk Norison Ramli berkata, larangan berkenaan merupakan antara senarai garis panduan perkara yang dibolehkan atau tidak dibolehkan diedar kepada semua kakitangan bagi memastikan perjalanan pilihan raya lancar.

Malah menurut beliau, pada PRU15 ini, pihak jabatan telah diminta bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan pemantauan.

“Kita akan memantau perjalanan PRU15 terutamanya dari segi sekiranya berlakunya perselisihan. Kita di peringkat jabatan ada pihak mediator dengan purata 50 orang di setiap negeri yang akan meredakan keadaan tersebut sekiranya berlaku.

“Kita akan terus melaksanakan program berbentuk perpaduan supaya tidak berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena Majlis Jalinan Muafakat Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 di Paroi, di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Norison memuji tindakan Pengerusi Rukun Tetangga (RT) yang megeluarkan kenyataan yang mampu mengeratkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira perbezaan politik.

“Ada pengerusi RT yang membuat kenyataan walaupun berapa banyak parti yang ada, kita tak boleh berpecah, kita bersatu padu, kita ada hak memilih siapa yang kita suka tetapi pada masa yang sama kita eratkan silaturahim antara kita. Tak ada pepecahan, kita harapkan perpaduan kita berterusan.

“Saya lihat beberapa RT kita ada mengeluarkan sepanduk macam tu. Kita ucapkan tahniah sebab itu adalah nasihat yang baik kepada masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI