fbpx

PRU15: Che Abdullah tahu akan dipecat, dilucutkan keahlian Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (kiri) menyampaikan watikah pencalonan kepada Che Abdullah (tengah) Majlis Penyerahan Watikah Calon BN Kelantan di Bangunan UMNO Kelantan, Kota Bharu hari ini. -Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN

KOTA BHARU – Penyandang kerusi Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mohd. Nawi sedia maklum mengenai nasibnya yang akan dipecat daripada Pas apabila membuat keputusan untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, perkara itu merupakan hak Pas dan pemecatannya dibuat mengikut perlembagaan parti.

“Apabila bertanding menggunakan tiket parti lain, secara automatiknya memang keahlian saya terlucut daripada Pas dan bukannya dipecat.

“Saya tidak mahu komen lebih, itu hak parti (membuat keputusan memecatnya). Perkara itu dilakukan mengikut perlembagaan parti apabila (beliau) bertanding atas tiket selain daripada Pas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Watikah Calon BN Kelantan di Bangunan UMNO Kelantan di sini hari ini.

Terdahulu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan Che Abdullah dipecat serta-merta daripada Pas.

Menurutnya, Che Abdullah yang juga bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan dikenakan tindakan disiplin kerana menjadi BN bagi Parlimen Tumpat PRU15.

“Dia (Che Abdullah) bukan pemimpin Pas lagi, dia telah dipecat dan automatik keluar dari Pas. Ikutlah dia hendak bertanding parti mana.

“Kita telah panggil dan beri nasihat (namun Che Abdullah) ada pandangan sendiri. Tidak mahu terima keputusan parti,” katanya pada sidang akhbar selepas pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) Terengganu di Rusila di sini malam tadi.

Terdahulu, Che Abdullah yang digugurkan Pas sebagai calon memilih untuk terus bertanding mempertahankan kerusi Parlimen tersebut atas tiket BN pada PRU15 ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Che Abdullah menewaskan calon BN iaitu Datuk Wan Johani Wan Hussin dan Pakatan Harapan (PH), Datuk Nordin Salleh dengan majoriti 17,500 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI