fbpx

PRU15: Annuar ‘berjiwa besar’, tetap turun padang bantu calon BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar ketika meninjau persiapan calon BN di Dewan UMNO Negeri Kelantan hari ini.

PETALING JAYA – Meskipun tidak tercalon untuk mempertahankan Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa masih menunjukkan sikap ‘berjiwa besar’ dengan terus memberi sokongan kepada partinya.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya hari ini, beliau dilihat turun padang meninjau persiapan calon-calon yang bakal bertanding di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan UMNO Negeri Kelantan di Kota Bharu.

Lebih membanggakan, Annuar turut menyeru kepada semua penyokongnya dan rakyat Kelantan untuk sama-sama memberi sokongan kepada BN walaupun dirinya tidan tercalon pada PRU15 ketika ramai rakan seperjuangan sudah ‘berpaling tadah’.

“Hari ini saya ke Dewan UMNO Negeri Kelantan bagi memberi sokongan kepada calon-calon yang bakal bertanding mewakili BN.

“Saudari Marzuani Ardila bakal mewakili Parlimen Ketereh untuk PRU15 ini, saya mengambil kesempatan untuk menyeru semua barisan jentera dan rakyat Ketereh untuk menyokong sepenuhnya calon kita.

“InsyaAllah kita bakal memperoleh kemenangan bagi memastikan Kestabilan & Kemakmuran buat Malaysia,” tulisnya di laman Facebook.

Terdahulu, Pada PRU14, Annuar berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Ketereh yang menjadi kubu kuat BN dengan meraih majoriti sebanyak 4,626 undi dengan menewaskan Wan Ismail Wan Jusoh yang merupakan calon Pas dan Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin daripada Pakatan Harapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI