fbpx

Polis glamor dipecat kerana tanam ganja di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AGALLIU disyakir bersubahat membekalkan dadah dan memiliki ladang ganja di rumahnya. - Facebook

LONDON – Seorang pegawai Perkhidmatan Polis Metropolitan (MPS) di London, Britain dipecat selepas polis menemui narkotik dan ‘ladang’ ganja di rumahnya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Polis wanita itu, Konstabel Rasvinder Agalliu ditahan kerana disyaki bersuhabat membekalkan dadah tetapi tidak berdepan pendakwaan di mahkamah.

Agalliu telah berkhidmat selama hampir 20 tahun selepas menyertai MPS pada usia 17 tahun. Namun, kerjayanya kini ditamatkan selepas panel salah laku memecatnya tanpa notis pada Selasa lalu.

“Tindakan anggota ini adalah pelanggaran berat terhadap amanah yang diberikan kepadanya oleh warga London.

“PC Agalliu terus dipecat dan tiada tempat di sini (MPS) untuk anggota yang berkelakuan sedemikian,” kata Ketua Superintendan Owain Richards.

Agalliu juga telah dimasukkan dalam senarai larangan oleh Kolej Kepolisan selepas polis menyerbu rumah baharunya di London dan rumah lama pada 2020. Mereka menemui gari, sejumlah besar wang tunai dan perisai badan serta dadah.

Menurut panel salah laku, tindakan Agalliu melanggar piawaian pihak berkuasa berkenaan dari aspek kejujuran dan integriti, kelakuan yang hina, tugas dan tanggungjawab, serta perintah dan arahan.

Agalliu dilaporkan aktif menjadi seorang pembimbing kecergasan dan berimpian mahu membuat penampilan dalam filem dan televisyen.

Sebuah badan pemerhati polis, Inspektorat Konstabulari Perkhidmatan Bomba & Penyelamat (HMICFRS) mendakwa dalam satu laporannya bahawa ratusan anggota dan pegawai korup masih berkhidmat di balai polis England serta Wales. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI