fbpx

Piala Dunia Qatar termewah abad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

NOVEMBER ini, berbilion peminat bola sepak seluruh dunia akan menonton perlawanan Piala Dunia, lebih tepatnya hanya 17 hari lagi kemeriahannya bakal dirasai di Qatar, negara tuan rumah di Asia Barat.

Hebatnya, negara yang hanya mempunyai jumlah penduduk seramai 2,994,272 orang dan keluasan 11,437 kilometer persegi tersebut memiliki kemampuan menganjurkan sukan paling berprestij di muka bumi iaitu Piala Dunia 2022.

Jika disukat dan diukur, keluasan Qatar tidak ubah sebesar gabungan dua buah negeri di Malaysa iaitu Melaka dan Perlis, namun Qatar merupakan salah satu negara terkaya di dunia.

Untuk makluman, pertandingan terbesar bola sepak di planet ini yang dianugerahkan kepada Qatar pada tahun 2010 sudahpun menimbulkan banyak persoalan dan kontroversi memandangkan penganjurnya datang dari negara padang pasir selain perdebatan mengenai isu cuaca panas.

Maka, tidak menghairankan juga kenapa pada kali ini Piala Dunia diadakan pada November 2022, berbeza daripada lazimnya pada Julai kerana suhu ketika November dan Disember di Qatar dijangka sejuk pada 26 darjah Celsius.

Jadi, memang tidak salah bagi Qatar untuk menganjurkan acara berprestij tersebut dan sudah pastinya para peminat sudah menghitung hari dan merancang untuk berkunjung ke negara berkenaan.

Kejohanan Piala Dunia kali ini akan berlangsung selama 29 hari dan dijangkakan seramai 1.5 juta orang akan membanjiri negara Teluk dengan kesemua perlawanan akan diadakan di lapan stadium termasuk tujuh merupakan stadium baharu.

Piala Dunia Qatar 2022 bakal menjadi penganjuran yang sama sekali berbeza dengan edisi-edisi terdahulu, malah peminat bola sepak ditawarkan peluang menonton dua perlawanan pada hari sama.

Selain itu, para pengunjung akan merasai keterujaan menyaksikan perlawanan di stadium serba baharu dengan teknologi penyejukan yang telah berjaya dibangunkan sambil berpeluang menikmati kebudayaan tempatan atau menghabiskan masa bersidai beberapa jam di pantai.

Memang tidak dinafikan, Qatar sebagai hos tuan rumah sudah pasti mahu menjadikan Piala Dunia 2022 sebagai acara yang tidak akan dilupakan dengan menawarkan kemewahan tidak terkawal sambil menonton sukan paling popular di planet ini.

Anggaran kos awal bagi membina jalan raya, ruang awam, pengangkutan, hotel-hotel dan stadium bagi menjayakan Piala Dunia adalah sekitar AS$220 bilion, namun menurut duta negara itu ke Rusia Oktober lepas, angka sebenar ialah AS$200 bilion.

Angka terbaharu daripada Pengarah Eksekutif Komunikasi pada Jawatankuasa Tertinggi Penyampaian & Warisan Piala Dunia, Fatma Al Nuaimi menyatakan kos lapan stadium tersebut berharga AS$6.5 bilion berbanding AS$8 bilion hingga AS$10 bilion.

Apapun, 20 November akan menjadi tarikh berprestij iaitu bermulanya Piala Dunia dan di sisi lain pula, siapa Perdana Menteri Malaysia?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI