fbpx

Pengetua ibarat panglima sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Muhadi (depan, kiri) dan Mohd. Arifin (depan, tiga dari kanan) bergambar bersama pengetua sekolah menengah sempena Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pengetua Sekolah Malaysia ke 60 di Hotel Bayview, Langkawi, hari ini.

LANGKAWI – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) mendedahkan ramai ahlinya yang berusia 50 tahun ke bawah menghidap pelbagai jenis penyakit kritikal seperti jantung dan kanser hingga mendorong mereka menyalurkan dana bantuan mencecah RM1.6 juta sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, dana yang disalurkan melalui kategori manfaat skim ahli itu merangkumi khairat kematian, penyakit kritikal dan keilatan yang disebabkan kemalangan atau faktor lain.

Katanya, setakat ini ahli telah banyak membuat tuntutan manfaat tersebut melalui skim 18, 16, emas dan ahli seumur hidup.

“Manfaat ini disediakan untuk lebih 100,000 ahli yang berdaftar dengan YGMB. Bantuan itu dapat membantu waris meneruskan kehidupan apabila berlaku musibah yang tidak dijangka seperti kemalangan dan kematian disebabkan penyakit kronik,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pengetua Sekolah Malaysia ke 60 dengan kerjasama Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) di sini baru-baru ini.

Menurut Wan Munadi, penglibatan YGMB dalam program itu sebagai usaha untuk membantu peningkatan profesionalisme guru di bawah tanggungjawab sosial korporatnya.

Tambahnya, pengetua diibaratkan seperti panglima yang memimpin sesebuah sekolah dengan tujuan untuk pelajar mencapai kecemerlangan.

“Penganjuran majlis seperti ini akan membantu pengetua mengangkat sektor pendidikan ke aras yang lebih tinggi,” ujarnya.

Sementara itu, Yang Dipertua MPSM, Mohd. Ariffin Ab. Rahman berkata, perkongsian pintar di antara pengetua sekolah Malaysia dengan YGMB dapat memastikan kebajikan pengetua sekolah terjaga.

“Kewujudan YGMB dapat membantu kita untuk merealisasikan hasrat MPSM untuk menjaga kebajikan, kesihatan dan kesejahteraan ahlinya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI