fbpx

Pekerja kilang maut, motosikal langgar trak pikap cuai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal dan trak pikap Thailand selepas terlibat kemalangan di Kilometer 7 Jalan Mata Ayer - Beseri dekat Padang Besar pada semalam.

PADANG BESAR – Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditungganginya melanggar sebuah trak pikap dengan nombor pendaftaran Thailand di Kilometer 7 Jalan Mata Ayer – Beseri dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu, wanita berusia 22 tahun terbabit yang mengalami kecederaan patah paha kiri dan luka pada tangan dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk rawatan.

Polis kemudian menerima maklumat tentang kematian mangsa daripada pihak hospital kira-kira pukul 6 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu trak pikap warga Thailand yang cuai apabila masuk ke simpang kanan dalam kedudukan rapat di kiri jalan.

“Semasa lelaki berusia 25 tahun itu membelok ke kanan, motosikal jenis Honda Vario ditunggangi mangsa dari arah belakang telah melanggar bahagian pintu kanan hadapan pikap tersebut,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa yang mengalami kecederaan dirawat di HTF sebelum pihak hospital memaklumkan tentang kematian wanita itu pada pukul 6 petang tadi.

“Kita bertindak menahan pemandu dan trak pikap berkenaan untuk siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI