fbpx

Menikah isteri pertama dan kedua selang 2 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kad undangan ini tular di media sosial kerana pengantin lelaki bakal bersanding dengan dua isterinya serentak. – Istimewa

JAKARTA – Sekeping kad undangan resepsi perkahwinan menjadi tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan gambar seorang pengantin lelaki bersama dua pengantin wanita, lapor laman berita Detik hari ini.

Dalam kad undangan tersebut, pengantin lelaki dari Musi Banyuasin, wilayah Sumatera Selatan bernama Novri Rio dilihat bergambar bersama dua pengantin perempuan dengan  kedua-dua mereka  berasal dari wilayah sama.

“Ya, benar. Saya telah diundang oleh ibu bapa pengantin,” kata Ketua Camatan Jirak Jaya, Yudi Suhendra ketika diminta memberikan pengesahan oleh laman berita Detik Sumut.

Menurut Yudi, pengantin lelaki telah bernikah dengan kedua-dua isterinya dengan isteri pertama, Oktavia dikahwini pada 29 Oktober lalu.

Sementara itu, isteri kedua iaitu Dina pula dinikahi pada 1 November lepas.

Tambah Yudi, ketiga-tiga mereka akan mengadakan  majlis perkahwinan secara serentak pada 19 November ini di Sungai Keruh. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI