MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dikhuatiri lemas di Pantai Puteri, di sini, hari ini.
Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu tiba di lokasi kira-kira 3.50 petang tadi bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat.
Difahamkan kanak-kanak tersebut bermain di kawasan pesisiran pantai itu bersama tiga rakannya sebelum dikatakan lemas.
Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE