fbpx

Inspektor polis direman disyaki minta rasuah RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA SPRM Pulau Pinang mengiringi pegawai polis berpangkat Inspektor di Mahkamah Majistret George Town, di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama lima hari bermula hari ini selepas disyaki menerima dan meminta rasuah sebanyak RM10,000.

Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan Majistret Mohamad Azlan Basri di Mahkamah Majistret Georgetown, di sini hari ini.

Difahamkan, Inspektor polis berusia 32 tahun itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik disalah sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini.

Suspek ditahan kira-kira pukul 12.05 malam tadi oleh SPRM di Jalan Sungai Tiram, Bayan Lepas.

Menurut sumber SPRM, suspek disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM10,000 bagi melepaskan dua orang individu pengadu yang telah ditangkap di atas kesalahan menjual air ketum.

”Suspek disyaki meminta wang rasuah tersebut daripada individu berkenaan menerusi panggilan telefon.

”Suspek meminta RM20,000 daripada individu berkenaan, namun suspek hanya memperoleh RM10,000 sahaja,” katanya kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI