fbpx

‘Hanya kerana politik, meriah kedai kopi sampai melompat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menyaksikan telatah penduduk kampung yang sedang berdebat berkaitan isu politik.

PETALING JAYA – Perang mulut antara penduduk kampung di sebuah kedai kopi berkaitan perihal politik telah mencuit hati netizen.

Kejadian menggelikan hati itu dipercayai berlaku di sebuah daerah di Kelantan.

Perkongsian video melalui akaun TikTok @nasrulmohamed menyaksikan pertengkaran antara penduduk yang menegakkan parti yang disokong masing-masing.

Sejurus video itu telah tular, majoriti netizen meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah rasa geli hati melihat gelagat penduduk kampung yang rancak berbahas perihal politik.

“Inilah yang dikatakan parlimen di kedai kopi, musim PRU ini memang akan panas kedai kopi, semua pakcik-pakcik automatik persis wakil rakyat,” komen seorang netizen.

“Hanya kerana sebuah politik, meriah kedai kopi sampai melompat-lompat ye pakcik, jangan sampai pergi siram kopi tu ke pihak lawan, nanti kalah pula pegangan pakcik, lawak sungguh wakil rakyat kedai kopi sekarang ni,” tulis netizen yang lainnya.

“Inilah yang kita mahu, sampai nak tercabut kopiah berteriak sokong parti politik, elok pakcik sahajalah jadi calon, nampak gaya ada peluang tu,” tulis netizen yang lainnya.

Sementara itu, terdapat juga netizen yang menyifatkan perang mulut mereka di kopi berkaitan politik itu hanyalah membuang masa dan tidak mendatangkan sebarang faedah.

“Alahai pakcik, tidak berbaloi gaduh pasal politik, eloklah angkat cangkul pergi bercucuk tanam, ekonomi gawat ni,” tulis seorang pengguna media sosial.

Untuk rekod, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijadulkan berlangsung pada 19 November 2022 dan PRU15 telah menjadi topik hangat di kebanyakan kedai kopi di kampung-kampung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI