fbpx

EPL: Heung-min terpaksa jalani pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEUNG-MIN (kiri) mengalami kecederaan ketika turun menentang Marseille menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan dan berehat. – AFP

LONDON – Tottenham Hotspur semakin tempang menjelang pertemuan getir menentang ­Li­ver­pool pada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu ini selepas penyerang sensasi, Son Heung-min terpaksa menjalani pembedahan mata.

Pengesahan tersebut dibuat oleh Spurs awal pagi semalam selepas menerima laporan lengkap kecederaan yang dialami oleh pemain itu ketika aksi Liga Juara-Juara bertemu Marseille kelmarin.

“Kami boleh mengesahkan Heung-min bakal menjalani pembedahan secepat mungkin selepas mengalami patah tulang di bahagian mata kirinya.

“Selepas pembedahan dilakukan, Heung-min akan mula menjalani proses pemulihan bersama pegawai perubatan pasukan dan kami akan laporkan perkembangan terkini nanti,”­ kata kenyataan tersebut.

Situasi itu memberi tamparan hebat buat skuad kendalian Antonio Conte dalam usaha­ melakar keputusan positif bertemu The Reds selepas turut kehilangan Dejan Kulusevski dan Richarlison.

Berita tersebut juga pasti membuatkan Korea Selatan ‘pening kepala’ bagi memastikan kap­ten mereka itu sempat cergas sebelum aksi pembuka tirai menentang Uruguay pada 24 November ini.

Heung-min menjadi san­daran utama pasukan ken­dalian Paulo Bento pada kempen Piala Dunia nanti selepas diundi bersama Uruguay, Ghana­ dan Portugal dalam Kumpulan H. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI