fbpx

Dua penganggur bantu kegiatan ah long didenda RM3,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua penganggur termasuk seorang remaja 19 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Tampin di sini, atas pertuduhan pilihan membantu kegiatan ah long atau pemberi pinjaman wang tidak berlesen. -Foto NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Dua penganggur termasuk seorang remaja 19 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Tampin di sini, atas pertuduhan pilihan membantu kegiatan ah long atau pemberi pinjaman wang tidak berlesen.

Tertuduh, Kong Quan Kiat, 19, dan Tee Chun Hong, 23, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret, Kartini Kasran.

Berdasarkan pertuduhan pada 28 Oktober lalu, kira-kira pukul 6.50 petang di hadapan sebuah rumah di Taman Clonlee didapati membantu pemberi pinjam wang tanpa lesen dengan melanggar Subseksyen 5(1) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951.

Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29 (AA) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada September lalu, di lokasi taman perumahan yang sama, mangsa yang mendapat maklumat daripada laman sosial Facebook bagi meminjam wang sebanyak RM10,000 telah didatangani dua tertuduh.

Pada 26 Oktober, mangsa telah menerima pesanan WhatsApp memaklumkan jumlah pinjaman berjumlah RM15,900.

Mangsa yang bimbang dengan keselamatan diri serta keluarga telah membuat laporan polis dan telah membuat tiga kali bayaran secara tunai serahan tangan sebanyak RM3,000 dan sekali melalui ATM berjumlah RM1,000.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Safia Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam.

Majistret kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,500 dan sekiranya gagal bayar 10 bulan penjara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI