fbpx

Bunyi dentuman petanda jambatan runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN jambatan yang runtuh di Taman Perumahan Bukit Setongkol Perdana, di sini, yang runtuh, pagi ini.

KUANTAN – Seorang suri rumah tidak menyangka bunyi dentuman seakan kereta terlanggar bonggol rupanya bunyi jambatan berhampiran rumahnya di Taman Perumahan Bukit Setongkol Perdana, di sini, yang runtuh, pagi ini.

M. Vasanthi, 30, berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 6.20 pagi itu dia sedang menghantar anak sulungnya keluar rumah untuk menaiki bas sekolah.

“Saya nampak dua buah kereta lalu dan ketika itu saya dengar macam kereta terlanggar bonggol, bunyi itu tidaklah kerap sangat cuma pelik sebab kawasan jambatan itu tidak ada bonggol.

“Selepas suami saya keluar dia beritahu ada tanah runtuh dan paip pecah sebelum suami saya kemudiannya bertindak memasang tali dan meletakkan ranting pokok bagi menutup laluan itu supaya tidak dilalui kenderaan lain,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya dia berasa lega kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat runtuhan jambatan yang terletak kira-kira 20 meter dari rumahnya itu.

Dalam pada itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bukit Bay Route, Nasaruddin Abd Hassim, 46, berkata, laluan di Lorong Bukit Setongkol Perdana 45/1 terbabit merupakan laluan alternatif yang menghubungkan lebih 400 penduduk Kampung Bukit Ubi dan Kampung Bay Route.

Beliau memberitahu jambatan itu mula dibina pada 1994 dan sudah berusia hampir 30 tahun.

“Saya dimaklumkan oleh ahli JPKK awal pagi tadi, alhamdulillah, kalau ikutkan dari segi kemalangan jiwa tiada laporan yang kita terima.

“Kalau mengikut pada keadaan dari segi keretakan memang ada kesan sebelum ini. Kemungkinan semalam hujan lebat, itu yang terjadi kejadian ini,” katanya.

Sementara itu penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang melakukan lawatan ke lokasi kejadian berharap tindakan segera diambil pihak terbabit.

“Perkara ini sudah disampaikan kepada pihak atasan dan kita juga sudah hubungi beberapa pihak termasuk PAIP (Pengurusan Air Pahang Berhad), bomba dan Majlis Bandaraya Kuantan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI