fbpx

Affin tawar hadiah tiket ke Qatar saksi perlawanan akhir Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Affin Bank telah melancarkan kempen Road To Qatar yang sedang berlangsung kini sehingga 30 November 2022 bagi memberi peluang kepada dua pemenang bertuah menyaksikan pertandingan pusingan akhir bola sepak di Qatar.

Pemenang hadiah utama itu akan diberikan tiket penerbangan pergi dan balik, tiket menyaksikan pertandingan bola sepak serta penginapan.

Peraduan yang dijayakan bersama Reach Publishing itu juga akan memberi peluang kepada tiga  pemenang bertuah membawa pulang televisyen pintar UHD 65 inci.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini, kempen tersebut terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan untuk menyertainya, orang ramai boleh berkunjung ke mana-mana cawangan Affin atau layari laman web bank atau melalui platform media sosial bank berkenaan.

“Penyertaan adalah secara automatik melalui setiap trasaksi yang dilakukan dengan Affin.

“Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mendepositkan duit di dalam akaun simpanan atau semasa Affin atau membuka akaun simpanan baharu samada akaun simpanan, semasa, Avance Savvy, INVIKTA, mendaftar bagi perbankan runcit internet atau memohon atau mengaktifkan kad prabayar Affin Merchantrade,” katanya.

Selain itu, pemegang kad kredit dan debit sedia ada atau pemohon baharu juga layak memenangi kempen tersebut serta mereka yang turut melabur dalam Affin berpeluang memenangi hadiah lumayan tersebut.

Hadiah lain yang ditawarkan bagi kempen yang telah bermula pada bulan lalu adalah Apple iPad Pro manakala hadiah mingguan ditawarkan sebanyak 80 jersi pemain bola. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI