fbpx

UCL: Bayern Munich kekal rekod sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAYERN meraih mata maksimum selepas melakar kemenangan bersih dalam enam aksi Kumpulan C Liga Juara-Juara musim ini selepas menewaskan Inter awal pagi semalam. – AFP

MUNICH – Jurulatih Bayern Munich, Julian Nagelsmann menggesa barisan pemainnya me­nunjukkan peningkatan selepas menamatkan saingan Kumpulan C Liga Juara-Juara dengan menewaskan Inter Milan 2-0 awal pagi semalam.

Bayern mengekalkan rekod bersih dalam saingan peringkat kumpulan selepas jaringan Benjamin Pavard dan Eric Maxim Choupo-Moting memastikan mereka mengutip tiga mata pada pertemuan di Allianz Arena itu.

Justeru, Nagelsmann berharap mereka dapat menampilkan aksi lebih baik dalam pusi­ngan kalah mati nanti supaya tidak mengulangi pencapaian musim lalu apabila disingkirkan Villarreal di suku akhir.

“Kami diundi dalam kumpulan ‘maut’ bagi saingan musim ini, tetapi semua pemain berjaya tampilkan aksi terbaik. Bagaimanapun, ia tidak beri sebarang makna jika kami gagal di pusingan kalah mati.

“Sasaran kami adalah untuk melangkah lebih jauh berbanding saingan musim lalu. Saya percaya Bayern mampu lakukannya berdasarkan senarai pemain yang kami ada pada ketika ini,” kata bekas pengendali RB Leipzig itu.

Beliau juga gembira dengan aksi yang ditampilkan barisan pemainnya dalam perlawanan itu meskipun ada antara mereka jarang diberikan peluang membarisi kesebelasan utama Bayern pada musim ini.

“Satu persembahan yang cukup baik dan matang oleh semua pemain. Ada antara mereka jarang bermain sebelum ini, tetapi masih mampu untuk tampilkan aksi terbaik. Walaupun skuad ini masih muda, namun sangat berkualiti,” ujar Nagelsmann. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI