fbpx

UCL: Barcelona tekad tebus kekecewaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TORRES (kanan) meledak dua gol ketika Barcelona menewaskan Plzen pada aksi terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. – AFP

PILSEN, Republik Czech – Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez enggan menganggap mereka sebagai pilihan utama Liga Europa walaupun me­nyasarkan untuk menjuarai kejohanan kelas kedua Eropah itu.

Barcelona terpaksa me­nerima hakikat jatuh ke sai­ngan Liga Europa selepas gagal melangkah ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara apabila sekadar menghuni tempat ketiga Kumpulan C.

Kemenangan 4-2 ke atas Viktoria Plzen pada aksi terakhir di Arena Doosan awal pagi semalam sekurang-kurangnya membolehkan The Catalans membawa bekalan keyakinan ke Liga Europa selepas ini.

“Ia sesuatu yang bagus apabila anda masih ada saingan Liga Europa untuk beraksi selepas ini. Sekurang-kurangnya anda masih beraksi di Eropah.

“Pasukan seperti Barca sentiasa menjadi calon pilihan. Saya anggap kami antara pasukan pilihan untuk memenangi Liga Europa pada edisi kali ini,” kata Xavi.

Gergasi Sepanyol itu meraih empat gol menerusi dua jari­ngan Ferran Torres dan ma­sing-masing satu daripada Marcos Alonso serta Pablo Torre.

Plzen yang meraih dua gol menerusi Tomas Cory terpaksa akur menamatkan kempen Liga Juara-Juara musim ini tanpa sebarang kemenangan daripada enam perlawanan.

Sebagai rekod, Barcelona juga tersingkir ke Liga Europa musim lalu, namun perjalanan mereka terhenti di suku akhir selepas tewas agregat 4-3 kepada Eintracht Frankfurt yang akhirnya memenangi kejohanan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI