fbpx

Tuah tular, Azimah dapat hadiah kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azimah sebak memeluk anaknya ketika mendapat hadiah kereta daripada Ebit.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew menghadiahkan sebuah kereta buat ibu tunggal Azimah Abd. Rahim, 37, yang tular kerja sebagai penghantar makanan sambil mengendong anaknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) buta.

Ebit berkata, melihat keadaan Azimah, turut membuatkan beliau sebak dan sayu ketika menziarahinya di rumahnya hari ini.

“Menangis akak terharu dalam kereta sambil peluk anaknya. Tak sangka dapat rezeki begini. Kuatnya seorang ibu demi membesarkan anak dengan kerja menghantar makanan.

“Hari ini kami hadiahkan sebuah kereta supaya akak ni boleh kerja menghantar barang dan makanan menggunakan kereta,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Selain itu, Ebit memberitahu, dia dan pasukannya juga telah mencarikan sebuah rumah tahun lalu untuk Azimah termasuk menyediakan bayaran sewa bulanan sehingga kini.

“Kami cuba bantu nak carikan pengasuh, tetapi anak ini aktif dan tidak mahu orang lain. Beberapa pengasuh tak dapat menjaganya kerana memelukan perhatian 24 jam daripada ibunya.

“Menangis bila jumpa akak ni. Katanya dari arwah maknya ingin jumpa saya. Setiap hari doakan saya,” ujarnya.

Terdahulu, kisah Azimah kembali mendapat perhatian selepas gambarnya menaiki motosikal bersama anaknya Nurainul Zahirah Rashidi, 6 dimuat naik Kosmo! Online, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI