fbpx

‘Syaitan’ mana menipu ni? – Che Ta selar peniaga ‘jus beruk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHE TA mendedahkan satu penipuan yang menggunakan videonya untuk publisiti sebuah jenama produk pelansingan badan.

PETALING JAYA – Pelakon popular Rozita Che Wan atau Che Ta menyelar perbuatan individu yang menggunakan gambarnya tanpa kebenaran sebagai bahan promosi produk untuk satu pelangsingan badan menerusi Facebook.

Kata pelakon bergelar usahawan itu, peniaga terbabit terlampau terdesak hingga sanggup menipu pengguna semata-mata mahu mengaut keuntungan cara mudah.

“Syaitan mana yang menipu sangat ni. Minta perhatian, kami (saya) tak pernah minum jus ‘beruk’ ni pun untuk kurus badan.

“Jus korang tak laku, sampai terpaksa menipu, nak sentil (selit) gambar saya,” katanya dalam satu perkongsia menerusi Instagram.

Aktres yang turut mengeluarkan produk pelangsingan badan bawah jenama sendiri itu turut berkongsi tangkap layar iklan palsu tersebut.

Bermodalkan wajah pelakon Kiah Pekasam itu, pengendali akaun berkenaan menawarkan tawaran istimewa dengan promosi dan hadiah percuma kepada pembeli.

Perkongsian Che Ta nyata mengundang maklum balas pengikut laman sosialnya yang rata-rata menganggap jolokan jus beruk sebagaimana yang disebut pelakon itu sesuatu yang melucukan.

Begitupun, ramai meminta aktres tersebut melaporkan tindakan penipuan menggunakan wajah artis ke pihak berwajib bagi mengekang daripada berleluasa.

Sementara itu, Che Ta menitipkan pesanan agar orang ramai sentiasa berwaspada sebelum membeli sesuatu produk supaya tidak tertipu.

“Kalau artis tu sendiri tak post (kongsi) produk yang dia guna, awak semua jangan tertipu dengan produk tak laku yang sampai terpaksa menipu!

“Video kami ini sebenarnya tengah bercerita pasal produk kami sendiri, (tetapi) mereka sunting serta promot kononnya itu mereka punya. Cari makan cara keji sangat,” katanya.

Sebelum ini sudah banyak kes pihak ketiga mempergunakan nama selebriti bagi tujuan penipuan promosi atau produk palsu pernah diketengahkan.

Antara selebriti yang menjadi mangsa iklan palsu termasuklah, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Yana Samsudin. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI