fbpx

PRU15: Razali akui bukan senang nak lawan Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razali (kiri), Muhyiddin (kanan).

ISKANDAR PUTERI – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim akui beliau berdepan tugas sukar untuk memenangi kerusi Parlimen Pagoh, apatah lagi berdepan ‘bos besar’ Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau bagaimanapun tetap berkeyakinan bahawa kerjasama erat khususnya melibatkan parti-parti komponen di bahagian tersebut akan memainkan peranan penting dalam membantunya.

“Semua orang cakap dengan saya Pagoh adalah satu tempat yang sukar. Ya, saya tidak menafikan perkara itu, tetapi dalam pilihan raya, apa pun boleh berlaku.

“Saya juga telah mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan seperjuangan di Pagoh dan kami bersedia untuk memenangkan semula Barisan Nasional (BN) di Parlimen itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Jentera BN Johor bagi PRU15 di Stadium Tertutup EduCity, di sini, semalam.

Tambah Razali, pihaknya juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed kerana memberi laluan dan komitmen dalam menawan kembali kerusi Parlimen Pagoh dalam PRU15 pada 19 November ini.

“Kita tiada masalah dengan jasa dan sumbangan diberikan kepimpinan terdahulu di sini, namun dalam PRU15 ini, BN komited untuk memenangi kembali Pagoh sekali gus menyambung semula pelbagai usaha pembangunan yang terhenti sebelum ini,” jelasnya.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Presiden PN mengumumkan bahawa PRU15 merupakan kali terakhir beliau akan bertanding sekali gus mempertahankan kerusi Parlimen yang disandangnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI