fbpx

PRU15: PKR tanding sembilan kerusi DUN Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon kerusi Parlimen dan DUN daripada PKR di Pusat Khidmat DUN Sena di Kangar, hari ini. - Foto IZLIZAN OTHMAN

KANGAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan akan bertanding sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri, Nurul Izzah Anwar berkata, tiga penyandang dikekalkan dan terdapat enam pertambahan kerusi baharu.

Gan Ay Ling kekal mempertahankan kerusi Indera Kayangan, manakala Asrul Nizan di Sena dan Azam Karap bertanding di Kuala Perlis.

Pengarah Komunikasi PKR negeri, Natthavuth Seng bertanding di Chuping, manakala Amran Kamarudin di Mata Ayer.

Dalam kawasan Parlimen Arau menyaksikan Azhar Ameir diletakkan di Pauh, Muhammad Syahmi Suhaimi (Tambun Tulang), Hasparizal Hassan (Guar Sanji) dan Amran Darus bertanding di DUN Simpang Empat.

Sebelum ini, PKR mengumumkan akan menghantar Fatin Amelina Fazlie bertanding di Parlimen Arau, manakala Noor Amin Ahmad kekal mempertahankan kerusi Kangar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI