fbpx

PRU15: Ahli perniagaan muda calon GTA di Parlimen Bagan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Hafiz (dua dari kanan) antara calon muda GTA Pulau Pinang pada PRU15 ini. - Foto IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Ahli perniagaan muda antara calon baharu yang bakal dipertaruhkan parti Gerakan Tanah Air (GTA) Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Muhammad Hafiz Mohamad Abu Bakar, 35, akan bertanding di Parlimen Bagan sekali gus bakal berdepan dengan penyandang kawasan itu yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng.

Selain Muhammad Hafiz, seramai empat lagi calon GTA turut diperkenalkan iaitu Hamidi Abu Hasan mewakili kerusi Parlimen Kepala Batas, Abdul Halim Sher Jung (Tasek Gelugor), Mohd. Nasir Othman (Permatang Pauh) dan Fazli Mohammad (Balik Pulau).

Pengerusinya, Muhammad Farouk Abdullah berkata, pihaknya memfokuskan kawasan yang mempunyai jumlah pengundi Melayu yang tinggi selain masyarakatnya yang berbilang kaum.

“Itu adalah syarat yang kita pilih kecuali di Bagan. Pemilihan calon muda iaitu Muhammad Hafiz dibuat berdasarkan pengalaman yang diperoleh selain merupakan anak jati dari kawasan berkenaan.

“Kalau boleh nak memang semua lima kerusi itu. Apapun keputusan berserah pada Dia. Kami terima keputusan dengan rela hati,” katanya ketika majlis pengumuman lima calon GTA Pulau Pinang di sini malam tadi.

Dalam pada itu, beliau mengakui pesaing paling rapat pada PRU15 ini adalah calon-calon daripada UMNO yang turut mempunyai sokongan dalam kalangan pengundi Melayu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI