AMPANG – Dua laluan iaitu Jalan Padan Ilmu dan Jalan Ampang di sini akan ditutup buat sementara waktu sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tujuan penutupan itu adalah untuk kawalan keselamatan di lokasi tersebut.
Menurutnya, kedua-kedua laluan tersebut akan ditutup bermula pukul 5 pagi sehingga selesai proses penamaan calon.
“Bagi yang menggunakan jalan tersebut dinasihatkan mengambil laluan alternatif dan memberi kerjasama kepada petugas-petugas yang mengawal lalu lintas,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE