fbpx

[VIDEO] Penunggang motosikal, hati-hati garisan putih di jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang penunggang terjatuh sewaktu melalui garisan putih.

PETALING JAYA – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menasihatkan penunggang motosikal supaya berhati-hati ketika menunggang motosikal di garisan putih jalan raya kerana boleh mengakibatkan penunggang tergelincir dan hilang kawalan.

Nasihat itu susulan tular video di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal yang hilang kawalan sewaktu melalui garisan putih jalan raya sebelum terjatuh di lorong kecemasan.

Berikutan itu, JSPT mengeluarkan notis risiko garisan putih jalan raya kepada penunggang motosikal pada Instagram @pdrmsia_trafik selain Facebook.

Notis risiko garisan putih jalan raya dimuat naik JSPT pada Instagram dan Facebook.

“Garisan jalan merupakan tanda pada turapan jalan yang bertujuan memberi panduan dan amaran kepada pengguna jalan raya.

“Bahan yang digunakan pada permukaan jalan terdiri daripada garisan memanjang dan melintang serta penanda jalan seperti anak panah, simbol dan perkataan untuk memastikan aliraan trafik teratur dan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, JSPT juga mengingatkan penunggang motosikal supaya selalu memastikan tayar motosikal tidak botak dan elakkan daripada melalui atas garisan putih tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI