fbpx

NASA dedah imej ‘cincin berapi’ gerhana Matahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman tersebut menunjukkan imej seolah-olah sebentuk cincin api ketika Bulan melintas di hadapan Matahari. – NASA

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan imej luar biasa Bulan semasa fenomena gerhana Matahari dari sudut yang menggerunkan, lapor akhbar The Sun semalam.

Rakaman tersebut menunjukkan imej seolah-olah sebentuk cincin api ketika Bulan melintas di hadapan Matahari.

Satelit antarabangsa Hinode menggunakan teleskop X-ray untuk merakam imej tersebut. Ia merakam tiga fasa Bulan ketika fenomena gerhana Matahari pada 25 Oktober lalu.

Keadaan itu mewujudkan imej seperti cincin di sekelilingnya ketika Matahari berada pada kedudukan selari dengan Bulan.

Berbilion-bilion penduduk dunia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana Matahari separa minggu lalu, yang mewujudkan sekitar 15 hingga 85 peratus liputan, bergantung kepada kedudukan seseorang itu. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI