fbpx

Mindef sertai Pameran Indo Defence 2022 di Jakarta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul RAHMAN (tengah) bergambar di Pavilion Malaysia sempena Pameran Indo Defence 2022 di Jakarta International Expo, Kemayoran, Jakarta, Indonesia.

PETALING JAYA – Bahagian Industri Pertahanan Kementerian Pertahanan (Mindef) mengambil bahagian dalam Pameran Indo Defence 2022 di Jakarta International Expo, Kemayoran, Jakarta, Indonesia bermula semalam sehingga 5 November ini.

Mindef bekerjasama dengan 10 buah syarikat Malaysia termasuk syarikat berkaitan Pameran Ma­ritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) serta Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) di pameran berkenaan.

Mindef dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembukaan Pavilion Malaysia itu telah dirasmikan oleh Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob.

“Objektif utama penglibatan tersebut adalah untuk mempromosikan keupayaan Industri Pertahanan Malaysia dan mempromosikan LIMA 2023,” kata ke­nyataan itu.

Dalam pada itu, menurut Mindef, LIMA 2023 merupakan pe­nganjuran kali ke-16 yang akan diadakan pada 23 sehingga 27 Mei 2023 di Pulau Langkawi, Kedah dan dijangka menjadi pameran terbesar dalam sejarah penganjurannya.

Menurutnya, LIMA 2023 telah berjaya menandatangani perjanjian penyertaan melibatkan syarikat dari beberapa negara dengan keluasan 2,000 meter persegi semasa di Pameran Indo Defence 2022.

“Alpine Integrated Solution Sdn. Bhd. sebagai penganjur LIMA 2023 sedang merancang penambahan ruang pameran memandangkan permintaan yang menggalakkan daripada para pemain industri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI