fbpx

Manja dengan suami, Mas Idayu dikecam ‘try hard’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI manja Mas Idayu bersama suaminya, Sufian Isa mula dilihat memualkan oleh segelintir netizen.

MASIH dalam fasa bulan madu, tetapi penyanyi Mas Idayu sudah dikecam kononnya terlalu mencuba untuk menunjukkan kebahagiaan dengan suami, Muhammad Sufian Che Isa.

Semuanya gara-gara video yang dikongsikan dalam laman sosial ketika pasangan yang bergelar suami isteri pada 16 September itu mengadakan acara makan-makan bersama kawan-kawan baik di rumah mereka.

Di situlah terjadinya ‘drama’ seorang kawan sengaja disuruh mengacau Sufian yang leka berbual. Pada masa itulah, Mas Idayu terus menarik lengan sahabatnya itu, kemudian terus berlari memeluk suaminya.

Apa lagi, terus berdentum komen yang mengecam tindakannya yang didakwa menunjuk-nunjuk selain terlampau mencuba tunjuk manja.

Alahai, kasihan pula Mizz Lahar pada selebriti yang selesa membahasakan dirinya mummy itu. Bukan apa, kalau tengok balik video berkenaan, Mas Idayu sekadar bergurau sesama kawan.

Lagi pun, mereka pengantin baharu, inai pun masih merah kat jari tu. Mujur ramai lagi peminat yang seronok tengok gelagat mummy. Kita pun cubalah bagi muka sikit.

Mizz Lahar: Siapa artis ‘manja’ yang suka tolong urut-urut belakang seorang aktor di set penggambaran?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI