fbpx

Lima pengurus FPL terkejut dihubungi menang RM200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA pengurus yang berjaya meraih mata tertinggi mingguan Liga Fantasi Kosmo! GW14 baru-baru ini.
MUHAMMAD HAFIZ

Panggilan daripada Kosmo! beri senyuman

BENAR orang kata, rezeki tidak salah alamat kerana Muhammad Hafiz Azahar menjadi antara lima pemenang mata tertinggi mingguan Liga Fantasi Kosmo! 2022/23 bagi ming­gu ke-14 Liga Perdana Inggeris (EPL).

Muhammad Hafiz mengakui dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk menjadi antara pengurus yang mampu me­ngutip mata tertinggi kerana sedar saingan di FPL Kosmo! ternyata sukar.

Pengurus berusia 26 tahun itu berkata, tiada sebarang resipi kejayaan kerana dia hanya memilih pemain yang dia rasakan mampu meledak gol dan konsisten pada setiap minggu.

“Saya benar-benar terkejut dan tak sangka dapat panggilan Kosmo! kerana bukan mudah untuk mengutip mata tertinggi mingguan. Mungkin minggu ini rezeki buat saya.

“Sebenarnya saya sertai liga anjurkan Kosmo! ini sekadar suka-suka dan jika dapat hadiah adalah rezeki. Saya juga tidak meletakkan harapan tinggi kerana jika terlalu berharap nanti kecewa. Lepas ini bolehlah saya bagi tahu rakan-rakan,” katanya.

 

ZULKIFLE

Terkejut dihubungi Kosmo! sebagai antara pemenang

GARA-GARA kecewa de­ngan pungutan markah rendah pada minggu-minggu terdahulu membuatkan pengurus, Zulkifle Md. Yusoh langsung tidak melihat keputusan ke­seluruhannya untuk saingan kali ini.

Sebaliknya, pengurus Glo­ry2United itu hanya mengetahui mata keseluruhannya bagi saingan minggu ke-14 Liga Fantasi Kosmo! selepas dimaklumkan oleh pihak penganjur.

“Saya belum lihat lagi kerana biasanya saya akan tengok sendiri ketika membuat pertukaran pasukan sehari sebelum saingan minggu baharu bermula.

“Saya cuma nak kekal raih mata konsisten dalam 50 lebih, tetapi tak sangka saya boleh menang dan kutip markah tertinggi kali ini,” kata peminat setia kelab Manchester United itu.

Walaupun mengagumi The Red Devils, tetapi pemilihan pemain tanpa sikap berat se­belah dan berlandaskan pres­tasi semasa dengan menyenaraikan trio Arsenal antara faktor utama kejayaan Zulkifle.

 

MOHD. YUSHAFIH

Pasukan Cap Ayam Selamanya sasar menang mingguan

MISI Mohd. Yushafih Mohd. Nor untuk mengejar hadiah mingguan Liga Fantasi Kosmo! akhirnya terlaksana apabila muncul lima pengurus terbaik minggu ke-14.

Mungkin menyedari agak sukar untuk mengejar hadiah keseluruhan, pengurus pasukan Cap Ayam Selamanya me rasakan sasaran untuk menjadi lima pasukan terbaik mingguan adalah paling realistik.

“Kalau ikutkan, saya tidak ada membuat perubahan ketara, namun kali ini pemain tengah yang saya pilih banyak menyumbangkan mata. Saya ada Miguel Almiron dan Martin Odergaard, malah Kieran Trippier juga cemerlang.

“Ini adalah penyertaan pertama dalam Liga Fantasi Kos­mo!. Kalau ikutkan memang saya tidak terlalu mengejar hadiah keseluruhan dan target saya adalah menang mingguan.

“Akhirnya misi saya sudah pun berjaya dicapai. Sebelum ini, memang saya ada menang kecil-kecilan, namun memenangi antara lima pemenang mingguan Liga Fantasi Kosmo! menjadi hadiah paling menarik pernah saya dapat selama bermain Liga Fantasi,” katanya.

 

MOHD. HAFIS

KEPUTUSAN untuk melengkapkan tiga pemain Newcastle United, Nick Pope, Kieran Trippier dan Miguel Almiron nyata menjadi percaturan berbaloi buat Mohd. Hafis Hamidi apabila pasukannya, Lembah Klau FC muncul lima pemenang mingguan Liga Fantasi Kosmo!.

Bermula dengan menyertai secara suka-suka, Mohd. Hafis akui masih lagi terkejut apabila berjaya menempatkan diri dalam pasukan terbaik minggu ke-14.

“Memang dari awal lagi saya pasti akan masukkan pemain Newcastle dan kali ini saya juga jadikan Marcus Rashford sebagai kapten. Alhamdulillah percaturan saya menjadi.

“Kebanyakan pemain saya daripada pasukan lima teratas. Tak jangka pula mampu menang mingguan kerana saya tidak pernah target tetapi sekurang-kurangnya dapat balik modal.

“Apabila menang, sudah pasti saya akan buat percaturan lebih serius untuk cuba dapatkan ha­diah mingguan lagi pada minggu akan datang,” ujarnya.

 

ABDUL RAZAK

Penyokong setia Arsenal pemenang Liga Fantasi

BIARPUN menginjak usia 45 tahun, namun umur tidak menjadi penghalang kepada Abdul Razak Abdul Majid apabila menjadi antara lima pemenang mata ter­tinggi mingguan Liga Fantasi Kos­mo! 2022/23 bagi minggu ke-14 Liga Perdana Inggeris (EPL).

Penyokong setia Arsenal sejak 1989 tersebut mengakui penyertaannya dalam saingan Liga Fantasi Kosmo! sekadar ajak kawan-kawan dan tidak sangka dia mampu meraih mata tertinggi mingguan.

Katanya, pemilihan pemain yang tepat membolehkannya meraih mata tertinggi dan berharap mampu muncul juara ke­seluruhan EPL Kosmo!.

“Saya sudah lama menyertai FPL sejak tujuh hingga lapan tahun lalu. Ini kali pertama saya sertai liga ini dan tidak sangka mampu muncul selaku mingguan tertinggi.

“Apapun, saingan di EPL Kos­mo! bukan mudah kerana ramai ‘otai’ dalam saingan itu. Saya hanya mencuba nasib dan jika ada rezeki adalah buat saya.

“Saya kini berada di ran­king 132 dan berharap mampu mengejar kelompok teratas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI