fbpx

Lana Nodin dipuji secantik ‘barbie’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LANA NODIN selepas menjalani rawatan kosmetik di Korea Selatan.

Genap 10 hari menjalani pembedahan membetulkan tulang hidungnya, pelakon Lana Nodin sekali lagi meraih perhatian apabila wajah baharunya dipuji ramai.

Rata-rata netizen menggelarkan pelakon dan usahawan itu seperti ‘barbie’ atau patung jelita dan tidak kurang juga menyifatkan Lana persis bintang K-pop.

Kecantikan Lana baru-baru ini terserlah dalam sebuan video Instagram yang menunjukkan keadaan hidungnya selepas membuka balutan.

Mizz Lahar pun tumpang gembira tengok pelakon Kekasih Hati Mr Bodyguard itu tersenyum puas dengan sentuhan doktor dari Korea Selatan.

Berbaloi betul pelaburan hampir RM170,000 semata-mata untuk pembedahan kosmetik.

Untuk kita semua yang tak mampu cantik macam Lana, jangan pula terus jadikan perkara ini sebagai isu atau kecaman.

Lana kan pernah terlibat kemalangan, lagi pun dia juga sudah minta restu suami dan keluarga sebelum pergi buat pembedahan.

Pendakwah selebriti Da’i Syed pun ada jelaskan pembedahan sebegitu boleh dilakukan sekiranya ada masalah kesihatan atau disebabkan keadaan mengaibkan.

Mizz Lahar: Dengarnya ada aktres yang ‘operate’ muka jadi runcing sebab fobia tengok muka tembam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI